
Siar kartun Aylan Kurdi pencabul, Charlie Hebdo dikutuk. Majalah satira Perancis, Charlie Hebdo sekali lagi tampil dengan lukisan kontroversi apabila menggambarkan Aylan Kurdi, kanak-kanak Syria yang ditemui mati lemas di pantai sebagai pencabul. "Apa akan jadi kepada si kecil Aylan jika dia besar? Pencabul di Jerman." demikian catatan pada kartun itu yang menyebabkan pelbagai pihak bertambah marah. Menurut Al-Jazeera, kartun tersebut disiarkan susulan kes pencabulan di Cologne, Jerman baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh migran, termasuk pelarian Syria. Penyiaran kartun itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk mengecam tindakan majalah itu kerana melibatkan kanak-kanak malang itu. #CharlieHebdo
No comments:
Post a Comment